Part 2. Vacation K.R.A.B.I

Assalamualaikum.

Hello. Entry baru ni nak share percutian di krabi. Entry lepas dah cerita pasal vacation di bali & untuk post kali ni nak cerita pasal kisah di krabi pulak. Flight ke krabi masa tu pagi  & jam 7 pagi aku and kawan aku tirah dah terpacak kat klia. Flight kitorang around 10 am. Sementara tunggu ecah & kakak dia sampai, aku & si tirah melahap dulu pastu as usual tabiat rutin bila sampai airport, 'first let me take a selfie'. Hamek gambar & upload. Kau tak tau pulak pakai monopod cam kayu golf kat tengah2 airport orang dok pandang pagi2 buta. Haha. 


Waiting

KLIA

Selfie dalam plane before berlepas

Makan punya makan still tak sampai jugak si ecah then, sampaikan perot aku dah kembung bagai nak gila sebab kekenyangan. Tak lama lepastu nampak lah kelibat kawan aku yang baru sampai ngan kakak dia then kami pun check in sambil tunggu beberapa minit nak berlepas. Selfie lagi. Haha. Last minit si ecah bagitau flight lewat satu jam. Hamek kau. Salah information katanya. Parapon betol. After tunggu punya tunggu kami amek pot masing2 kat dalam plane & rest. Jangan nak rest sangatlah flight dalam 1 jam 45 minit dah sampai. Time kat dalam kapal kami dihidangkan nasi goreng ayam memang aku tak boleh nak telan dah sebab dah bantai makan breakfast awal pagi tu. Tapi rasa la siket & sedap. Sampai2 kat sana dah tengah hari. Kami semua amek van & teros ke hotel. 45 minit jugaklah perjalanan nak ke pekan aonang.

AONANG ORCHID RESORT, KRABI

Lobi Hotel

Pemandangan di lobi

Cafe Hotel

Ruang Kamar

Ruang Mandi

Pemandangan bilik berhadapan kolam renang

Hotel aonang orchid terletak betol2 kat pekan aonang & laut aonang dalam 100-200 meter dari hotel aonang orchid. Hotel ni memang cantik & puas hati. Time pergi tu suasana memang tenang sebab tak ramai orang so rasa rilex and fresh sebab tak bising, Kalau bising tu pun sape lagi kan. Haha. Bilik semua memang satisfy ala2 honeymoon gitewww. =)

Makanan yang di served di hotel pon puas hati & sedap. Paling best breakfast sebab boleh order macam2 makan sampai kenyang. Hehe. Dekat krabi ni aku & kawan aku banyak habiskan masa ngan aktiviti kitorang sendiri. Kat krabi banyak masa lapang. Just hari kedua & ketiga yang penuhkan ngan aktiviti. 

Bersantai 









After dah bersantai & rest malam tu carik pot makan sambil night walk kat pekan aonang. Bestnya kat area situ sebab makanan halal bersepah2 so tak payah nak risau tapi nak pilih tempat makan tu susah jugak end up kami stop kat satu restoren ala2 kelantan ni. Perot masing2 memang ngah lapar pastu pulak makanan lambat sampai. Itu satu hal lambat. Yang tak boleh nak bla masa tu lauk2 dah lama sampai nasi tak sampai2 ke sudah. Lama gila sampaikan bape kali bagitau orang tu. Last2 sampai jugak and yang lawaknya nasi tu bentuknya bintang, Tu yang lambat agaknya sampai berjam nak served. Padahal nasi tu berbintang2 bagai end up masok perot gak. Embohlah aku. Haha. 











Day 2.

Hari kedua ni memang hari visit island2. Memang macam2 island kitorang jejak & memang bertapa dekat boat dari pagi. Ni ntah ingat ke tak nama2 pulau ntah ni. Haha. Memang perjalanan hari kedua tu dekat laut. Elak2 laut andaman yang kitorang lalu tu. Masa before bertolak tu orang yang bawak kitorang bagi briefing siap2 & kadang2 aku paham kadang2 aku tak paham. Yela orang tu mula2 suara gear 5 kuat dia lama2 jadi gear 1. Muka aku ni yela nampak 100% fokus padahal aku bukan dengar sangat sebab tak clear. Tapi aku dok observe muka orang tu macam salleh yaacob. Memang aku panggil dia salleh yaacob pon. Hahaha. 

Fisrt pulau kitorang lawat,
Bambo Island

















Lepas bambo island kami di bawa ke phi phi leh island. Phi Phi island ni memang pemandangan dia cantik gila. Terpegun gila tengok. 

Phi phi leh Island










Video



Habis bergamba kat phi phi island kami meneruskan perjalanan ke maya island. Maya island ni dia ala2 miami hollywood island. Memang cantik tempat dia & rasa macam kat pantai florida. Haha. Pasir dia lembut & suasana dia memang feeling habis sambil cuaca tak panas sangat & angin just nice.

Maya Island













Pulau seterusnya kami lawat monkey island. Dekat pulau tu memang banyak monyet & pelawat yang datang ramai yang bagi makan & amek gamba sebagai kenangan. 

Monkey Island





Lepas lawat monkey island kami di bawa ke satu pulau untuk makan tengah hari. Tapi lupa apa nama pulau tu sebab banyak sangat pulau lawat masa tu. Tempat kami makan tu macam pulau perhentian untuk makan khas tok visitors yang datang. So kami berehat di situ. Disebabkan aku selalu turun naik boat seluar aku pakai sampai koyak nasib ada spepat kau kalau tak memang gasak laaa... Haha. 

Habis makan semua kami ke boat semula untuk meneruskan perjalanan. Memang berjam2 kat atas boat. Kali ni nak pegi tempat snorkeling. Kami di bawa ke suatu tempat snorkeling sekali lagi lupa nama tempat tu.. Haha. 

Snorkeling





Habis snorkeling kami bersiap sedia untuk pulang & time tu memang dah pukul berapa. Before kami pulang kami ada menghantar sorang mat salleh ni kat satu pulau ala2 private island. Mat salleh tu memang terbaik alone ranger. Haha. Time balek tu kami naek satu public transport khas kat krabi ala2 lori. Lori andaman krabi nama dia. Enjoy jugak naik tu even orang yang bawak tu bawak laju kemain tak hingat. Adoi tukang bawak tu pulak muka sama ngan member. Haha. 









Balik hotel dah lewat & kami semua rest kejap before pegi berjalan kat night market yang memang famous kat krabi. Habis rest kami bergegas ke night market then belil ole2 siket untuk di bawa pulang. Tapi apa yang lebih menjadi tumpuan kami kat night market tu 'banana pancake'. Sedap. Memang sedap. Even hari esoknya still kami cari banana pancake kat area aonang. Memang superd. After habis membeli belah kat night market kami ke sebuah restoren atas tasik untuk makan malam. Then terus pulang ke hotel. Balik2 tu terus layan world cup. Haha. Yeay Germany champion yaw! Okey stop. (*___*)


Banana pancake



Day 3.

Hari ketiga ni memang best & kelakar gila! Jungle aktiviti. Super best. Hari ketiga ni enjoy sebab memang buat benda2 yang memang tak pernah kami buat. Okey tak tau cemana aku nak mulakan. Patutnya ada 4 aktiviti tapi kami amek dua aktiviti tu pon malaon jugak la kan. Jahanam. Haha. Fisrt aku & dua lagi kawan aku ecah & tirah naek gajah. Selalu tengok orang naek skali diri sendiri yang naek scary nokharom. Supposely gajah tu kene naek 2 orang. Then kawan aku si ecah pulak takut naik sorang2 then kami naik bertiga. Memang jahanam. Jahanam. Kesian gajah tu kena angkot yang bagak2 punya orang. Haha. 

Start2 naik kami dah takot memang tinggi gila naik gajah nak2 pulak orang bawak gajah tu bawak kami jalan dalam hutan yang memang adventure. Memang scary. Dahlah gajah tu angkot timbangan yang agah berat memang risau jugaklah masa tu. Yang buat aku panik ada satu tempat tinggi tu gajah tu macam nak jatuh tapi orang tu dok rilek je sebab dia dah expert kan. Kami ni yang dok jerit2 sebab takut. Tapi serious scary siapa yang tengok memang nampak tak scary if korang dah naik rasakanlah. Haha. 







Video



Second aktiviti ni memang kelakar & enjoy & mencederakan. Haiyooo! Kisah aku nya lain kisah kawan2 aku nya lain. Memang macam2 ragam. Aku ni mula2 macam confident habis tapi dalam hati padahal cuak gila2 nak bawak atv ni. Benda sebab aku & kawan aku tak biasa pulak tu first timelah katakan. Memang macam2 cerita la jadinya. Haha.

Nak dijadikan cerita mula2 dah plan dah ingat benda ni boleh naik dua orang. Skali bila tanya orang tu dia kata kene naik sorang. Haa. Sawannn... Benda first time memang tak la kan cerita dia. Yang kisah aku ni pulak memang kelaut start2 enjin mula2 jalan dah okey lepastu memang hancur la cerita dia masuk semak tayar berpusing ke kiri ke kanan, langgar tu langgar ni. Aku start2 bawak dah press laju mana nak masok semaknya dah handle tak betul. End up mamat thailand tu guide aku sebab tengok aku dah macam bawak jet pejuang yang tak leh nak control. Haha. 

Tu baru cerita masuk semak aku, ni kau tak fikir kawan aku tirah & ecah punya motor terangkatlah, tak lepas nak naiklah, motor tak berjalan lah, motor tersangkotlah, helmet lari pada landasan la. Pulak tu nak menangis pun ada. Ke dah menangis. Haha. Tu nasib orang yang guide aku & kawan aku ni penyabar yang amat kalau dapat yang kurang sabar tak sawan kitorang. Hahaha... 

Tapi orang yang guide tu memang best, sabar gila asal boleh tanya 
 'Are you fun?'

Skali dia bawak ke jalan yang memang mencabar saja kenakan sampai tangan aku cedera & lebam. Sakit. Then dia tanya lagi.
'Are you enjoy?'

Aku gelak jelaa..
(padahal ko tak tau isi dalam aku & kawan aku. Haha)

Yang kawan aku si tirah lagilah. dialah banyak drama.Haha.
' Are you okey?' You can do it. Hahaha

Tula dialog mamat thailand tu kat dia bagi kata2 semangat. Kalau ada video memang nak je aku rakam tapi celah mana nak rakam celah mana nak bawak atv. Adoi. Tapi seriously atv ni memang enjoy gila2. Kotor2 even tunggang langgang naik. Sejam jugaklah merentasi hutan.










Habis aktiviti hutan kami terus makan & pulang ke hotel berehat then, berjalan ke pantai aonang sambil membeli belah & sekali lagi kami cari banana pancake sebagai santapan. Keindahan krabi amat menarik sesiapa yang 'island lover' memang sesuai la kan nak ke sini sebab dia memang more tu island. =)

Ni nak share video dalam van pasang lagu evergreen thailand.



Video




Bercuti di krabi memang best moment & banyak kenangan sepanjang kat sana. Kalau nak cerita semua memang berjela jugak. Gambar pun kalau nak upload kang memang tak menang tangan. Haha, Separuh kita share separuh kita simpan sebagai kenangan sewaktu percutian ngan kawan2.

 Till we meet again K.R.A.B.I.

Airport Krabi




T.H.E.E.N.D